Sinopsis Terlanjur Mencintaimu 2

Kisah seorang pemuda yang berpelajaran tinggi berminat untuk meneruskan projek perladangan di kampung. Namun, hasratnya tidak tercapai kerana terpaksa berkahwin dengan seorang gadis pilihan datuknya.

Amir Haziq mempunya Autism dalam kategori ASD (Asperger Syndrome). Dia dianggap tidak sempurna oleh sesetengah manusia, dibuli, diherdik, dihina. Amir seorang yang sangat bijak. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh manganggu fokus Amir. Pada usia 22 tahun, Amir mula tahu bagaimana mengawal masalah yang dia hadapi sehinggalah satu kejadian yang mula mengubah hidupnya.